Cara Paling Mudah Buat Resume

Assalamualaikum, hai semua. Lamanya tak menulis kat blog. Agak busy sebelum ni dengan study. Dah habis study, busy berhari raya pulak. Selamat Hari Raya buat semua Muslimin dan Muslimat. Maaf zahir dan batin ya. 😊 

Untuk pengetahuan korang, saya baru je tamat pengajian ijazah sarjana di UTM. Maknanya sekarang saya tengah hip-hip-hooray kat rumah haha. Takde la hooray sangat. Ada je kerja - sebagai OJT housewife. Eh eh. 😜 

Memandangkan sekarang saya sedang aktif mencari kerja, resume saya pun dah banyak versi. Semua saya simpan dan kumpulkan dalam satu folder. Dalam folder tu, ada sub-folder lagi seperti Cover Letter, Resume, CV, Sent Resume, Job Pitch, dan References (rujukan untuk tujuan memperbaiki resume). Saya dah mula hantar resume sejak hujung bulan April. Sampai sekarang masih sabar menanti panggilan kerja. Ada rezeki insyaallah tak ke mana kan? Sementara tu boleh la saya aktif kat blog ni. 😀

Jadi, entri kali ni saya nak share cara paling mudah nak buat resume. Ini sebagai basic knowledge sahaja, mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ada juga yang tak tahu (sebenarnya saya juga baru tahu tentang cara ni secara kebetulan).



Antara cara paling mudah untuk buat resume adalah dengan menggunakan template dari Microsoft Word.

Korang boleh follow step-step bergambar di bawah untuk create your own resume:

1. Buka Microsoft Word.



2. Taip 'Resume' dalam search box.



3. Ada pelbagai template resume dipaparkan. 



4. Select template yang korang nak pakai dan klik 'Create'. 



5. Now korang dah boleh masukkan all relevant information. Tapi tak semestinya korang kena limitkan information berdasarkan template tu, you can edit that template freely mengikut keperluan.



6. Dah siap edit jangan lupa save tau. Nanti ada pulak yang nangis kat bucu katil. 😁 (Tips: Save setiap kali edit, walaupun dah ada auto-saved). 

Mudah kan? Semoga bermanfaat! 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!