JJCM Simpang Renggam

Pejam celik pejam celik dah setahun lebih saya duduk kat Johor. Sekejap je masa berlalu. Tak lama lagi nak habis belajar dah. Dalam kepala banyak plan nak jalan-jalan explore Johor. Tapi hmm.. Bila ada masa, bajet takde. Bila bajet ada, masa pula takde. Bila dua-dua ada, kawan pula takde. Sebab tu lebih baik tak payah plan. Ada kawan, ada masa dan bajet sikit, terus gerak. 😀

Macam hari Isnin lepas, tanpa perancangan yang padu tiba-tiba dah sampai kat Simpang Renggam. Hehe. Simpang Renggam ni adalah sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kluang. Sebenarnya tujuan ke sini nak teman seorang kawan yang ada kursus kat HQ Daily Fresh di sana. Dah alang-alang berjalan, ronda-ronda la kejap kan.. 😄



Jalan-jalan cari makan

Perjalanan kami ke Simpang Renggam dari UTM Skudai pada hari tu mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sampai kat sana pukul 9.15 pagi, kami bersarapan dulu kat medan selera yang berdekatan dengan HQ Daily Fresh. Boleh tahan juga makanan yang dihidangkan pagi tu, semua nampak menyelerakan. Makcik kedai pula friendly orangnya, duduk semeja dengan kami sambil berborak macam-macam.

Lepas sarapan, kami pun pergi ke HQ Daily Fresh. Kawan saya habis kursus lebih kurang dalam pukul 12 tengahari. Disebabkan kami tak banyak masa untuk explore pekan Simpang Renggam (pukul 2pm ada kelas), kami pun pergi mana yang sempat je. 😅 

So, ada 3 tempat yang kami sempat singgah:

1. Cucuk-Cucuk Bakar Simpang Renggam

Bila tengok cucuk-cucuk ni jadi teringat kat Perlis. Masa study kat sana dulu, selalu makan cucuk-cucuk ni atau lebih dikenali dengan nama 'Lokcing'. Gerai ni senang je nak cari, korang waze je. Kalau tak jumpa juga, boleh la contact dorang kat sini. 

Sampai kat gerai ni, rambang mata nak pilih. Mana tak nya, semua cucuk-cucuk dorang berharga RM1! Ye, satu singgit. Ada pelbagai flavor seperti ayam, daging, tauhu, sayur, sotong. My favourite pun ada iaitu tongkeng ayam haha. Kalau ikutkan tamak haloba, nak je beli semua. Tapi confirm la tak habis makan. So, beli ikut kemampuan tangki perut je. 😁



2. Gerai Cendol Sathar

Lepas dah beli cucuk-cucuk bakar, kami singgah pula ke Gerai Cendol Sathar. Tak jauh pun dari gerai cucuk-cucuk tu. Lega dapat makan cendol ni. Ada cendol kacang, cendol pulut, cendol special.

Rasa dia cun sebab tak manis sangat, memang ngam-ngam dengan tekak. I like! 👍


3. Perusahaan Zainab Jaya

Dan persinggahan terakhir kami adalah di sini.. Seronok bukan main kawan-kawan saya bila dapat singgah ke syurga kerepek ni hehe. Macam-macam jenis kerepek korang boleh dapat kat sini. Ada packing besar, ada packing kecil. Harga pun terlajak murah. Saya hanya beli rempeyek je sebab saya hantu rempeyek haha. 👻


Sedar tak sedar dah nak dekat pukul 1.30pm, apa lagi pecut balik ke UTM. Sampai kelas tepat pukul 2pm, nasib baik lecturer tak masuk lagi. Boleh la ambil nafas jap. 😁

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Latest
Next Post

About Author

Blogger yang berasal dari Pulau Mutiara Laut Cina Selatan. Pelajar pascasiswazah di UTM. Pencinta haiwan dan alam semulajadi.

2 ulasan:

  1. Bestnya JJCM
    Sy belum pernah sampai lagi ke Simpang Renggam ni
    kerepek tu kalau borong byk2 pun best jg bole ngap2 time buat assignment hihi

    BalasPadam
  2. JJCM memang best! Ada masa nanti boleh la pergi ke sana. Rempeyek tak sampai 2 hari dah habis kena ngap hehe

    BalasPadam