JJCM Simpang Renggam

Pejam celik pejam celik dah setahun lebih saya duduk kat Johor. Sekejap je masa berlalu. Tak lama lagi nak habis belajar dah. Dalam kepala banyak plan nak jalan-jalan explore Johor. Tapi hmm.. Bila ada masa, bajet takde. Bila bajet ada, masa pula takde. Bila dua-dua ada, kawan pula takde. Sebab tu lebih baik tak payah plan. Ada kawan, ada masa dan bajet sikit, terus gerak. 😀

Macam hari Isnin lepas, tanpa perancangan yang padu tiba-tiba dah sampai kat Simpang Renggam. Hehe. Simpang Renggam ni adalah sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kluang. Sebenarnya tujuan ke sini nak teman seorang kawan yang ada kursus kat HQ Daily Fresh di sana. Dah alang-alang berjalan, ronda-ronda la kejap kan.. 😄



Jalan-jalan cari makan

Perjalanan kami ke Simpang Renggam dari UTM Skudai pada hari tu mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sampai kat sana pukul 9.15 pagi, kami bersarapan dulu kat medan selera yang berdekatan dengan HQ Daily Fresh. Boleh tahan juga makanan yang dihidangkan pagi tu, semua nampak menyelerakan. Makcik kedai pula friendly orangnya, duduk semeja dengan kami sambil berborak macam-macam.

Lepas sarapan, kami pun pergi ke HQ Daily Fresh. Kawan saya habis kursus lebih kurang dalam pukul 12 tengahari. Disebabkan kami tak banyak masa untuk explore pekan Simpang Renggam (pukul 2pm ada kelas), kami pun pergi mana yang sempat je. 😅 

So, ada 3 tempat yang kami sempat singgah:

1. Cucuk-Cucuk Bakar Simpang Renggam

Bila tengok cucuk-cucuk ni jadi teringat kat Perlis. Masa study kat sana dulu, selalu makan cucuk-cucuk ni atau lebih dikenali dengan nama 'Lokcing'. Gerai ni senang je nak cari, korang waze je. Kalau tak jumpa juga, boleh la contact dorang kat sini. 

Sampai kat gerai ni, rambang mata nak pilih. Mana tak nya, semua cucuk-cucuk dorang berharga RM1! Ye, satu singgit. Ada pelbagai flavor seperti ayam, daging, tauhu, sayur, sotong. My favourite pun ada iaitu tongkeng ayam haha. Kalau ikutkan tamak haloba, nak je beli semua. Tapi confirm la tak habis makan. So, beli ikut kemampuan tangki perut je. 😁



2. Gerai Cendol Sathar

Lepas dah beli cucuk-cucuk bakar, kami singgah pula ke Gerai Cendol Sathar. Tak jauh pun dari gerai cucuk-cucuk tu. Lega dapat makan cendol ni. Ada cendol kacang, cendol pulut, cendol special.

Rasa dia cun sebab tak manis sangat, memang ngam-ngam dengan tekak. I like! 👍


3. Perusahaan Zainab Jaya

Dan persinggahan terakhir kami adalah di sini.. Seronok bukan main kawan-kawan saya bila dapat singgah ke syurga kerepek ni hehe. Macam-macam jenis kerepek korang boleh dapat kat sini. Ada packing besar, ada packing kecil. Harga pun terlajak murah. Saya hanya beli rempeyek je sebab saya hantu rempeyek haha. 👻


Sedar tak sedar dah nak dekat pukul 1.30pm, apa lagi pecut balik ke UTM. Sampai kelas tepat pukul 2pm, nasib baik lecturer tak masuk lagi. Boleh la ambil nafas jap. 😁

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Tips Mudah Nak Skor CGPA

Dalam Facebook hari ni ada seorang kawan tagged saya kat satu gambar yang diambil pada tahun 2010. Gambar sewaktu zaman diploma, ya Allah gelap betul saya masa tu haha. Rindunya nak jumpa kawan-kawan diploma dulu. Diploma Kimia Perindustrian, UiTM Arau, 2007 - 2010. Harap korang semua sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. 😉

Kenangan masa diploma adalah antara kenangan paling best dalam memori saya. Hampir semua urusan belajar dipermudahkan. Saya sangat enjoy belajar masa tu. Mungkin dapat kos yang tepat dengan minat saya. CGPA? Biarlah rahsia haha. Yang penting dapat merasa sekejap pakai selempang masa konvo hihi. 😊 



Fokus.. 

Apa yang saya buat semuanya biasa-biasa saja. Nothing extraordinary. Saya bukanlah selalu duduk kat library menelaah buku. Saya lebih selesa study dan buat assignment kat bilik (I can keep eating). 😁 Cuma saya akan pastikan diri saya fokus bila tengah belajar. Fokus study untuk 1-2 jam is much better than study 4-5 jam tapi tak fokus langsung. 

Be positive.. 

Yang ni pun saya selalu praktis. Sekali lagi kena train your mind to be positive. Maksudnya, bila belajar tu korang kena fikir yang positif je walaupun topik tu susah yakmat. Saya ni selalu juga negatif sebenarnya hehe tapi bila waktu nak study untuk test atau final exam, saya train balik minda saya to be positive. Bila positif, lebih mudah nak study. 

Serah pada Allah..

Ni tips paling utama. Dari awal sem dah kena serahkan semua pada Allah. Bukan hujung sem masa nak hadap final exam je baru nak berserah, tapi hakikatnya ramai yang macam tu kan? 😀 So lepas ni dari awal sem kena serahkan segala urusan pada Allah okay. Minta Allah bagi yang terbaik untuk kita. Group yang terbaik, lecturer yang terbaik, assignment yang terbaik, soalan exam yang terbaik, result yang terbaik. Semua tu boleh minta tau. Free je hehe.


Haa itu je la tips nya hihi. Less is more. Semoga bermanfaat. 😇

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!