Master atau Kerja?

Biasa tak dengar dilema ni? "Lepas grad nanti better sambung terus ke kerja dulu eh?". Kebanyakan graduan degree sering menghadapi dilema seperti ini samada nak sambung pengajian terus ke peringkat Master atau nak mencari pengalaman bekerja dahulu. Memang susah nak buat keputusan jika tiada sesiapa yang boleh bantu untuk justify dalam membuat keputusan.



Saya juga pernah menghadapi dilema ini. Dah habis diploma, nak sambung degree ke atau kerja dulu? Dah habis degree, nak sambung Master ke atau kerja dulu? Tu la, matlamat tak berapa nak jelas. 😁

Background saya, lepas habis diploma saya terus sambung degree. Lepas habis degree, saya kerja dulu. Dah 2 tahun kerja, baru saya sambung Master. Then bila masuk kelas, semua muda-muda belaka yang sambung Master ni. Umur tak cecah 25 pun lagi. Tiba-tiba saya terasa tua sangat haha.

Bukan mudah menyusur tangga ke angkasa

Perjalanan saya bila buat keputusan untuk sambung Master pada tahun lepas tidak begitu mudah. Keputusan ini telah mengundang pelbagai soalan dan spekulasi (macam retis pula) . 😅

  1. Kenapa baru nak sambung Master sekarang? 
  2. Tak sayang ke berhenti kerja tu? 
  3. Dah elok-elok kerja, berhenti pula. Sekarang ni susah tau nak cari kerja.
  4. Belajar tinggi-tinggi pun nanti bukan senang nak dapat kerja.
  5. Buat apa sambung Master.. Dah tua pun nak belajar lagi?

Nampak macam kelakar je ayat yang last tu, tapi memang ada yang cakap macam tu kat saya hehe.

Pilihan saya

Jika berdasarkan pengalaman saya, secara jujurnya saya lebih prefer untuk bekerja dahulu selepas tamat pengajian degree. Ambil pengalaman 1-2 tahun, kemudian barulah sambung pengajian ke peringkat seterusnya. Nak sambung secara full-time atau part-time, itu bergantung pada kehendak dan keperluan masing-masing. 

Pendapat saya ini sebenarnya dipengaruhi oleh pendapat daripada seorang saudara saya yang merupakan pensyarah di UPM. Beliau berkelulusan PhD dan saya memang adore dengan pencapaian beliau. Kecil molek orangnya, tapi otak geliga hehe. Ketika saya dalam final semester degree, saya pun minta pendapat beliau tentang dilema ni.

Dan beliau cadangkan supaya saya cari pengalaman kerja dulu kemudian barulah sambung Master. Katanya, pengalaman bekerja penting sebab ia akan menyumbang kepada corak pemikiran kita apabila kita sambung Master kelak.

Cuma nak cari pengalaman tu jangan lama sangat, cukup 1-2 tahun pastu terus sambung Master. Bukan apa, risau kita ambil masa yang lama pula nanti nak asah balik minda kita untuk belajar semula. Saya dah melaluinya dan saya rasa ada betulnya pendapat beliau ni.

Kenapa saya lebih sarankan untuk kerja dahulu?

Sambung Master ni cara belajar dia tak sama dengan cara belajar masa undergraduate. Jika undergraduate, silibus lebih kepada mempelajari dan memahami fakta. Pastu mostly kena jawab berdasarkan fakta. Critical thinking dan decision-making tak berapa diterapkan dalam level ni.

Untuk peringkat Master pula, silibus dia memang lebih banyak kepada critical thinking dan decision-making. Nota yang dapat hanya cerita tentang fakta dan konsep asas. Mostly kena cari sendiri apa tindakan yang perlu dilakukan untuk sekian masalah dan apa cadangan sesuai yang boleh dilaksanakan. Pendek kata, tujuan Master ni adalah untuk mempersiapkan pelajar menjadi seorang Manager atau seseorang yang berada dalam Top-level Management.

Maka, bila kita ada sedikit pengalaman bekerja, lebih mudah kita nak relate dengan apa yang kita belajar. Sebab dalam alam pekerjaan, hampir setiap hari kita kena buat keputusan dan semestinya ia melibatkan proses critical thinking. 

Sekadar pendapat

Ini hanya pendapat peribadi saya ya, saya tak kata tak boleh sambung Master tanpa pengalaman bekerja. Sekarang persaingan sangat tinggi, rata-rata umur 23-25 sekarang dah ada Master. Tapi kekurangannya adalah dari segi pengalaman bekerja. Ramai yang ada Master hanya dapat gaji setaraf degree saja, oleh kerana tiada pengalaman bekerja. Majikan sekarang dah tak pandang sangat pada kelulusan, terutamanya syarikat SME. 

Jadi, bila majikan offer gaji banyak tu je, graduan Master ni pun terpaksa terima sebab rasa value dia memang layak dapat tu je oleh kerana tiada pengalaman bekerja. Hal ini boleh menjejaskan market salary bagi orang berkelulusan Master in future, walaupun bagi yang dah mempunyai pengalaman bekerja. Punca market salary drop bukan saja disebabkan oleh hal ini, mungkin ada juga faktor-faktor lain. Tapi ini salah satunya. 

Sekian saja perkongsian saya. Moga ada yang mendapat manfaat dari entri ni. 😊

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya! 

Previous Post
Next Post

8 ulasan:

  1. nice sharing sis ^^

    singgah & follow sini :D
    http://www.syahirahvaliant.com/

    BalasPadam
  2. Terima kasih buat entry mcm ni..sgt mmbantu. Skrg tgh dilema nk smbung trus master atau kerja dulu. Alhamdulillah dpt pencerahan skit dri sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Semoga bermanfaat :)

      Padam
  3. Lagipun sambung belajar selepas kerja lain rasanya..lagi mudah nak grab ilmu pun ada..berbanding sambung belajar tanpa berkerja dlu..semoga berjaya dalam kehidupan yang dicari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu, kita sependapat hehe. Insyaallah terima kasih :)

      Padam
  4. Saya setuju dgn pendapat awak. Saya bekerja di bidang recruitment. Kadang kala, without experience, even a master holder with zero experience, agak ssh mendapat pekerjaan. Tapi bergantung kepada softskill masing2 juga ya.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, saya setuju sangat part softskill tu. Bagi yang tiada atau kurang pengalaman bekerja, develop a strong softskill is definitely the best option. Thanks for your opinion! ;)

      Padam