Biasiswa MyBrainSc 2017

Baru dapat emel yang menyatakan tentang pembukaan tawaran biasiswa dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sesiapa yang berminat dijemput untuk memohon Biasiswa MyBrainSc 2017 ni. Sebagai rujukan, boleh la baca sedikit tips untuk memohon biasiswa MyBrain yang telah saya kongsikan sebelum ni. Insyaallah ada rezeki tak ke mana 😊


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajan tinggi telah membuka permohonan untuk skim biasiswa MyBrainSc bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Mac 2017.

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA). 


Untuk maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini, sila klik pada link ini: 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Biasiswa KPT: 

03-8888 1616 (Hotline Bahagian Biasiswa)
Emel: mybrainsc@mohe.gov.my

************************************************************************

Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:

1) PhD;
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang Sains Tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui permohonan.

2) Sarjana
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang Sains Tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui permohonan.

3) Ijazah pertama
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A-Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada dalam semester akhir di semua IPT;
  • Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa /tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

************************************************************************

Ada banyak lagi biasiswa lain yang sedang ditawarkan sekarang seperti:- 

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP); 
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB); dan 
  • Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Kakitangan Bukan Akademik (SLPP).

Tarikh tutup untuk semua biasiswa ni adalah pada 31 Mac 2017. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut tentang HLP. 

Good luck kepada semua pemohon 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya! 

Previous Post
Next Post

2 ulasan:

  1. Bestnya kalau dapat scholarship ni kalau untuk sambung master. Beruntunglah siapa yang apply dan dapat hehe.

    BalasPadam
  2. Memang beruntung sangat memandangkan sekarang ni sangat mencabar nak dapatkan biasiswa huhu

    BalasPadam