Jana Pendapatan Sampingan Dengan Dropship

Pada tahun 2017 ni, rasanya perkataan 'dropship' bukan lagi sesuatu yang asing. Ramai peniaga terutamanya peniaga online yang menjalankan bisnes secara dropship. Apatah lagi dalam zaman teknologi seperti sekarang, kemudahan Internet ada di mana-mana dan ini seakan-akan memberi peluang kepada mereka yang ingin berniaga dengan modal rendah atau tanpa modal sekalipun!


Apa itu Dropship?

Dropship ialah satu sistem di mana kita menjalanlakan perniagaan tanpa perlu menyimpan stok. Senang kata, macam orang tengah atau ejen. 

Sebagai ejen dropship, kita perlu mempromosikan produk supplier, dan bila kita dapat order dari customer, kita akan inform kepada supplier. Seterusnya, supplier la yang akan menguruskan penghantaran produk tersebut kepada customer kita. 

Salah satu kelebihan utama menjadi ejen dropship ni ialah kita tak perlu keluarkan modal satu sen pun. Best kan? 

Tapi ada juga sesetengah supplier yang mengenakan yuran. Yuran ni adalah untuk memastikan seseorang itu serius dan komited dalam menjalankan tugasnya sebagai ejen dropship. Paling mahal pun mungkin dalam RM30-RM50, tidaklah semahal kos untuk memborong produk.

Bagaimana nak menjadi dropship?

Korang boleh google mana-mana supplier yang menawarkan program dropship. Contohnya, cuba google dropship Malaysia. Korang boleh juga cuba cari kat Instagram dengan hashtag seperti #dropshipneeded atau #dropshipdiperlukan. 

Pilihan memang sangat banyak, sampai rambang mata tak tahu nak dropship produk yang mana satu. 😅 Apa pun, semua bergantung pada jenis produk apa yang korang nak jual. Nak jual tudung ke, pakaian ke, kasut ke.

Tips menjadi ejen dropship

Sebagai permulaan, better focus on one type of product. Contohnya nak jual tudung. So, boleh start cari mana-mana supplier atau peniaga yang ada buat program dropship. Ambil dalam 3-5 supplier. 

Kemudian, tanya supplier soalan-soalan seperti berikut:

1. Apakah syarat yang dikenakan ke atas ejen dropship?
2. Berapa harga produk untuk ejen dropship dan berapa pula harga untuk customer?
3. Berapa lama tempoh diambil untuk proses penghantaran barang kepada customer?
4. Ada tak polisi untuk barang yang defect, customer nak refund etc.

Semua ni kena ambil tahu supaya kita lebih faham cara bekerja dengan supplier kita. 😊

Pengalaman saya menjadi ejen dropship

Pertama kali saya mendaftar sebagai ejen dropship adalah pada tahun 2013. Masa tu tengah trend dress peplum. Hehe. Saya pun cuba la nak jual dress tu jugak. Ada la dalam 2-3 helai terjual. Dapat la profit RM15 x 3 = RM45. Alhamdulillah..

Yang bestnya customer tu contact saya melalui blogshop yang saya buat untuk jual dress. Tak sangka betul, ada juga orang singgah ke blogshop tu. Padahal saya tak promote sangat pun blogshop tu. 😁

Sekarang saya masih juga menjadi ejen dropship. Tapi untuk produk lain pula. Entah kenapa saya suka sangat konsep dropshipping ni. Untung memang tak besar sangat, tapi kerja saya jadi mudah sebab saya tak perlu fikir nak bungkus produk dan pos kepada customer. Saya pun sekarang masih lagi belajar, nak kena fokus pada pelajaran dan final project. So, bagi saya jadi ejen dropship ni sangat sesuai.

Kumoten - Powerfully Dropship Business

Salah satu website yang menyediakan program dropship terbaik di Malaysia ialah Kumoten. Saya pun baru discover website ni dalam 4 bulan yang lepas. Macam-macam produk mereka ada. Pakaian, produk kecantikan, barangan untuk bayi dan kanak-kanak, aksesori kereta, gadget, kelengkapan rumah, etc.


Pertama kali saya masuk ke website Kumoten ni, haish memang rambang mata dibuatnya. Bayangkan lebih 10,000 produk yang kita boleh jual daripada website ni. Pendek kata, sangat banyak! Lagi best sebab pendaftaran nak jadi ejen dropship mereka percuma je. No signup fee, no monthly fee.




Korang pun boleh la cuba mendaftar sebagai ejen dropship Kumoten ni. Mana tahu rezeki korang ada kat sini kan? Sama-sama la kita mencari rezeki yang halal melalui dropship ni. 😉

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Previous Post
Next Post

6 ulasan:

  1. memang untung buat dropship ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Untung sebab tak perlu keluar modal ;)

      Padam
  2. dropship ni punca pendapat paling mudah kalau kita rajin. semua dihujung jari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, rajin ialah kunci utama :)

      Padam
  3. aina mulakan bisnes dengan jadi agen dropship ni. sampai sekarang. alhamdulillah boleh la serba sedikit. tengah belajar lagi... lepasni mana tahu jual produk sendiri pula :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sama hehe Insyaallah.. Semoga dipermudahkan ;)

      Padam