Dilema Master: Research, Coursework atau Mixed Mode?

Hari ni dah mula semester baru. Kampus pun dah mula meriah dengan student. Rasa sekejap je cuti hehe. Banyak benda baru yang saya belajar masa cuti, sampai tak sedar dah duduk depan laptop seharian. Antaranya belajar pasal blogging la. Hari-hari baca tips blogging, nak motivate diri sendiri. 😅



Dilema Nak Sambung Master

Semester ni ialah semester terakhir untuk pengajian Master saya di UTM. Haii rasa macam baru je mendaftar semalam. Cepat betul masa berlalu. Sepanjang saya belajar kat UTM ni, saya ada buat job part-time. Daripada job tu, saya banyak bertemu dengan student undergraduate dan mereka ini selalu bertanyakan pendapat saya tentang perbezaan Master by Research, Coursework, dan Mixed Mode. Ramai yang bercadang nak sambung Master tapi mereka tak tahu nak pilih mode mana satu. Ni antara dilema terbesar jugak bila nak sambung Master.

Jawapan saya..

Pertama sekali, kita kena tahu apa yang kita MINAT dan nilai KEMAMPUAN diri kita. Jangan mudah ikut orang, itu satu kesilapan besar yang akan merugikan diri sendiri. Cuba buat self-checklist. Tanya pada diri sendiri.

Contohnya:

1. Boleh ke aku buat semua kerja sorang-sorang? 
2. Boleh ke aku manage masa sendiri? Atau aku perlukan fixed schedule?
3. Aku betul-betul minat ke tak bidang ni? Minat yang mendalam atau sekadar minat saja?
4. Mode yang mana satu akan lebih membantu aku untuk capai cita-cita aku?
5. Aku suka belajar sendiri (bereksperimen sendiri) atau suka masuk kelas?

Korang kena bayangkan diri korang dah berada dalam ketiga-tiga situasi tu, samada by research, coursework, atau mixed mode. Yang mana satu korang rasa sesuai dengan minat dan kemampuan korang?

Untuk Master by Research, tak perlu masuk kelas dah. Cuma maybe ada 1-2 subjek yang wajib ambil seperti Research Methodology. Lebih banyak masa free dan bergantung pada student bagaimana nak manage masa untuk buat research.

Untuk Master by Coursework dan Mixed Mode pula, tak banyak berbeza pun dengan life masa degree. Kedua-duanya memerlukan student untuk pergi ke kelas, buat assignment, jawab quiz, test dan final exam. Tetapi Coursework biasanya lebih banyak bilangan subjek yang perlu diambil compare to Mixed Mode. Masa free tu kurang dan lebih busy berbanding student by Research.

Perbezaan paling ketara antara Coursework dan Mixed Mode adalah dari segi researh project. Total jam kredit untuk research project dalam Mixed Mode lebih banyak berbanding Coursework. Dalam Mixed Mode, research project disebut sebagai dissertation, manakala dalam Coursework disebut project.

Pengalaman saya..

Sebelum sambung Master, saya memang dah set dalam kepala untuk ambil Coursework sahaja. Sebab utama ialah saya suka menuntut pelbagai jenis ilmu dan saya juga perlukan fixed schedule. Saya suka masuk ke kelas, buat assignment, jawab exam. Pendek kata, saya suka berguru. 

Dan ada satu sebab juga yang membuatkan saya tidak memilih Master by Research ni. Sejujurnya, saya telah melalui satu pengalaman pahit semasa degree dahulu apabila saya terpaksa extend disebabkan kegagalan untuk menyiapkan final year project. Masa tu fokus saya hilang kerana terlalu asyik buat bisnes. My time management was really bad. Peristiwa itu memberi kesan yang sangat mendalam untuk saya sehingga membuatkan saya tak nak sambung Master by Research. Risau sejarah mungkin berulang. 😞

Alhamdulillah now I feel more confident as I believe I have improved my time management skill a lot through my working experience. Dah tahu cara nak sort thing out, how to prioritize things. So, untuk PhD nanti saya harap pengalaman pahit tu takkan berulang. Yelah, nak tak nak memang kena buat research jugak kan? 😅 

Itu jela saya nak share kali ni. Harap dapat membantu mereka yang tengah dilema tu. Jangan lupa buat solat hajat dan istikaharah juga. Mohon petunjuk dari-Nya. 😊

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Previous Post
Next Post

About Author

Blogger yang berasal dari Pulau Mutiara Laut Cina Selatan. Pelajar pascasiswazah di UTM. Pencinta haiwan dan alam semulajadi.

6 ulasan:

  1. Terima kasih sbb share info ni..mmg dilema kalau nak pilih sambung master. Xtau nak pilih mana. Xtau apa beza. Tapi entry ni sedikit sbyk dpt jugak bantu..terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga bermanfaat :)

      Padam
  2. Thank you for the info. Rupanya banyak juga pilihan ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, kena buat pilihan yang bijak :)

      Padam
  3. saya pelajar master research. mse memula nak pilih tu, mmg saya jenis xmampu belajar semua benda. so pilih research, biar focus 1 je. tp tu laa. risikonya lambat habis huhuh stress. ini tinggal sudahkan writing pun xsiap2. doakan sy ye =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap mode ni ada pro and cons dia kan.. Semoga dipermudahkan urusan awak untuk siapkan writing tu :)

      Padam