Cara Beli Domain Di NetKL

Dalam artikel sebelum ni, saya dah ceritakan serba ringkas bagaimana nak dapatkan domain khususnya buat beginner seperti saya. Caranya memang cukup mudah. So, sekarang saya nak kongsi pulak step by step yang saya lakukan dalam proses membeli domain di NetKL. 




Oh sebelum tu, saya nak share senarai harga terkini Top level Domain (TLD) dari NetKL. Harga untuk TLD ni berbeza. Ada yang hampir mencecah RM500. My recommendation is to use .com, which is the best one and most common. 


Step 1 - Pergi ke NetKL
First sekali pergi ke website NetKL. (Boleh klik sini untuk terus ke website NetKL dan sign up). Then, dekat tab atas tu, pergi ke Domain dan klik Buy Domain Only





Step 2 - Pendaftaran domain
Kat sini ada dua pilihan, samada nak daftar domain yang baru dengan NetKL atau nak transfer domain yang dibeli dari website lain ke NetKL. Since saya memang tak pernah beli domain, so saya klik pada pilihan yang pertama.



Step 3 - Pilihan nama domain
Dalam ruangan yang dah disediakan, masukkan nama domain yang dikehendaki. Sebagai contoh kat sini, saya nak pakai nama domain www.sayasukajepuk.com. Kemudian, klik Check Availability. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti samada nama yang kita pilih tu masih available atau tidak. Kalau tak available, kena pilih nama lain. 


Step 4 - Konfigurasi domain
Yang ni kalau nak tambah servis seperti ID Protection (+ RM15) atau nak guna nameservers sendiri. Saya tak tukar apa-apa dalam step ni. So, continue to next step.



Step 5 - Confirm order
Take note jika bayar guna Paypal, ada cas tambahan sebanyak RM3.98. Jika guna bank transfer, tiada cas tambahan dikenakan. Promotional code tu pulak saya tak pasti, mungkin boleh dijumpai di mana-mana blog yang ada provide code tu. Kalau dah takde apa-apa nak tukar dalam step sebelum ni, boleh terus klik Checkout.



Step 6 - Payment 
Bila dah dapat invoice macamni, boleh proceed dengan payment. Kat bahagian recipient reference nanti, pastikan letak number invoice untuk memudahkan NetKL trace payment. Dah selesai buat payment, jangan lupa emel payment details kepada team NetKL - transfer dari bank apa kepada bank apa, tarikh transfer, pukul berapa, dan jumlah yang dibayar. 


Step 7 - Pengesahan 
Lepas dah emel payment details, make sure dapat emel pengesahan dari NetKL. Dalam emel tu, NetKL akan bagi Ticket ID yang membolehkan kita untuk check status pembelian domain tadi. Bila payment dah disahkan, akan dapat invoice with the PAID status. Jika tak dapat emel pengesahan ni, kena emel semula details tu atau boleh contact team NetKL.



Almost done! 
Lepas dah settle payment ni, tunggu emel Domain Registration Confirmation dari NetKL. Bila dah dapat emel ni, means domain korang dah berjaya didaftarkan dan korang dah boleh start tukar kepada domain sendiri. Selamat mencuba! 😊

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!


Previous Post
Next Post

About Author

Seorang pelajar dalam bidang Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang mempunyai hobi menulis blog. Berasal dari Pulau Mutiara Laut Cina Selatan. Pencinta haiwan dan alam semulajadi.

0 comments: