Braces: Transfer Case

Hi all. Today I want to share about my experience in transfer case for braces. Btw, I have been wearing braces for almost 3 years now (August 2014 - May 2017). So far so good.. Never experienced any bad things yet except a bit pain. 😁



Fyi, I did my braces at Klinik Bakti, Labuan. When I got offer to further study in Johor earlier last year, I was thinking how am I going to maintain my regular braces check-up schedule which usually done for once in 4-6 weeks. If I didn't follow the check-up schedule, the progress of my teeth might be slow. 

So, my last check-up at Klinik Bakti was on last February. My next check-up is scheduled to be on early April. I told the doc that I will not be available for regular braces check-up at her clinic after this as I will stay at Johor for one year and a half. The doc quite shocked huhu.. Then doc gave me two options, either I go back to Labuan for every scheduled check-up or I need to find any ortho in Johor that can accept transfer case for braces. 

If I want to go back to Labuan just for my braces check-up, omg.. Totally not worth it. There is no direct flight from Johor to Labuan, must transit in KL or KK. So much money will be spent just on the flight tickets. So I said to the doc that I will try to find ortho in Johor. Doc nodded haha. But she said if I managed to find the ortho, I need to submit my medical report to the new ortho. And the charge is RM 200 for that report. Omg again. I scratched my head haha.

Then the mission to find ortho that can accept my case begin right after I have settled my registration and got my car. I didn't search ortho in JB coz I think it is quite far from UTM. I searched in Taman U, I see a lot of ortho clinic there. The first 3 clinics I went, all of them can accept my case. But then the deposit price is just like when you want to put on your braces for the first time. 1k.. Too expensive for me, I can't afford that price 😓 Since the class have started and we were given a lot of assignments, my mission to find the ortho has been delayed for a month. 

I continued my mission in April. Target area still same -- Taman U. This time I directly went to a large clinic on the corner lot, opposite of Maybank. Actually I have seen that clinic before but I don't feel like want to go there as I think the price might be expensive. When I asked the doctor there about my transfer case issue, luckily the ortho can accept my case without need to pay any deposit! Woohoo I feel so much relieved to hear that. I only need to pay RM 200 per every check-up. Okay la kan.. Compare to if I need to go back to Labuan, so much costs then.. One more thing, the doc said they don't need my medical report as it is not compulsory. Yess can save RM 200 😋 Overall I am very satisfied with the service of this clinic and the doc also very kind.


This is the ortho -- Klinik Pergigian Amim

Blue blue everywhere.

Okay that's all. Any questions kindly drop your comment below ya.

Maaf jika English saya agak berterabur. 😂


JJCM Simpang Renggam

Pejam celik pejam celik dah setahun lebih saya duduk kat Johor. Sekejap je masa berlalu. Tak lama lagi nak habis belajar dah. Dalam kepala banyak plan nak jalan-jalan explore Johor. Tapi hmm.. Bila ada masa, bajet takde. Bila bajet ada, masa pula takde. Bila dua-dua ada, kawan pula takde. Sebab tu lebih baik tak payah plan. Ada kawan, ada masa dan bajet sikit, terus gerak. 😀

Macam hari Isnin lepas, tanpa perancangan yang padu tiba-tiba dah sampai kat Simpang Renggam. Hehe. Simpang Renggam ni adalah sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kluang. Sebenarnya tujuan ke sini nak teman seorang kawan yang ada kursus kat HQ Daily Fresh di sana. Dah alang-alang berjalan, ronda-ronda la kejap kan.. 😄



Jalan-jalan cari makan

Perjalanan kami ke Simpang Renggam dari UTM Skudai pada hari tu mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sampai kat sana pukul 9.15 pagi, kami bersarapan dulu kat medan selera yang berdekatan dengan HQ Daily Fresh. Boleh tahan juga makanan yang dihidangkan pagi tu, semua nampak menyelerakan. Makcik kedai pula friendly orangnya, duduk semeja dengan kami sambil berborak macam-macam.

Lepas sarapan, kami pun pergi ke HQ Daily Fresh. Kawan saya habis kursus lebih kurang dalam pukul 12 tengahari. Disebabkan kami tak banyak masa untuk explore pekan Simpang Renggam (pukul 2pm ada kelas), kami pun pergi mana yang sempat je. 😅 

So, ada 3 tempat yang kami sempat singgah:

1. Cucuk-Cucuk Bakar Simpang Renggam

Bila tengok cucuk-cucuk ni jadi teringat kat Perlis. Masa study kat sana dulu, selalu makan cucuk-cucuk ni atau lebih dikenali dengan nama 'Lokcing'. Gerai ni senang je nak cari, korang waze je. Kalau tak jumpa juga, boleh la contact dorang kat sini. 

Sampai kat gerai ni, rambang mata nak pilih. Mana tak nya, semua cucuk-cucuk dorang berharga RM1! Ye, satu singgit. Ada pelbagai flavor seperti ayam, daging, tauhu, sayur, sotong. My favourite pun ada iaitu tongkeng ayam haha. Kalau ikutkan tamak haloba, nak je beli semua. Tapi confirm la tak habis makan. So, beli ikut kemampuan tangki perut je. 😁



2. Gerai Cendol Sathar

Lepas dah beli cucuk-cucuk bakar, kami singgah pula ke Gerai Cendol Sathar. Tak jauh pun dari gerai cucuk-cucuk tu. Lega dapat makan cendol ni. Ada cendol kacang, cendol pulut, cendol special.

Rasa dia cun sebab tak manis sangat, memang ngam-ngam dengan tekak. I like! 👍


3. Perusahaan Zainab Jaya

Dan persinggahan terakhir kami adalah di sini.. Seronok bukan main kawan-kawan saya bila dapat singgah ke syurga kerepek ni hehe. Macam-macam jenis kerepek korang boleh dapat kat sini. Ada packing besar, ada packing kecil. Harga pun terlajak murah. Saya hanya beli rempeyek je sebab saya hantu rempeyek haha. 👻


Sedar tak sedar dah nak dekat pukul 1.30pm, apa lagi pecut balik ke UTM. Sampai kelas tepat pukul 2pm, nasib baik lecturer tak masuk lagi. Boleh la ambil nafas jap. 😁

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Tips Mudah Nak Skor CGPA

Dalam Facebook hari ni ada seorang kawan tagged saya kat satu gambar yang diambil pada tahun 2010. Gambar sewaktu zaman diploma, ya Allah gelap betul saya masa tu haha. Rindunya nak jumpa kawan-kawan diploma dulu. Diploma Kimia Perindustrian, UiTM Arau, 2007 - 2010. Harap korang semua sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. 😉

Kenangan masa diploma adalah antara kenangan paling best dalam memori saya. Hampir semua urusan belajar dipermudahkan. Saya sangat enjoy belajar masa tu. Mungkin dapat kos yang tepat dengan diri saya hehe. Pointer terakhir saya sewaktu diploma ialah 3.91.

Masa degree pula prestasi saya kurang memuaskan haha. Last pointer dapat 3.48, memang kecewa habis sebab sikit lagi nak capai 3.50. 😢 Apapun banyak pengajaran saya dapat daripada situ, so buang yang keruh dan ambil yang jernih. Untuk pengajian Master saya sekarang pula, pointer terakhir last semester dapat 3.95. Semester ni tak tahu lagi hihi. Harap boleh maintain. Mohon doa kalian ya. 😊 



Fokus.. 

Apa yang saya buat semuanya biasa-biasa saja. Nothing extraordinary. Saya bukanlah selalu duduk kat library menelaah buku. Saya lebih selesa study dan buat assignment kat bilik (I can keep eating). 😁 Cuma saya akan pastikan diri saya fokus bila tengah belajar. Walaupun mulut tengah mengunyah, minda kena fokus. Walaupun tengah ada masalah, kena train your mind to be focus. Fokus study untuk 1-2 jam lebih bermakna berbanding study 4-5 jam tapi tak fokus langsung. 




Be positive.. 

Yang ni pun saya selalu praktis. Sekali lagi kena train your mind to be positive. Maksudnya, bila belajar tu korang kena fikir yang positif je walaupun topik tu susah yakmat. Saya ni selalu juga negatif sebenarnya hehe tapi bila waktu nak study untuk test atau final exam, saya train balik my mind to be positive. Bila minda positif, lebih mudah nak study. 



Serah pada Allah..

Ni tips paling utama. Dari awal sem dah kena serahkan semua pada Allah. Bukan hujung sem masa nak hadap final exam je baru nak berserah, tapi hakikatnya ramai yang macam tu kan? 😀 So lepas ni dari awal sem kena serahkan segala urusan pada Allah okay. Minta Allah bagi yang terbaik untuk kita. Group yang terbaik, lecturer yang terbaik, assignment yang terbaik, soalan exam yang terbaik, result yang terbaik. Semua tu boleh minta tau. Free je hehe.



Haa itu je la tips nya hihi. Less is more. Semoga bermanfaat. 😇

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!


Ada Apa Dengan SPM?

Penantian selama beberapa bulan telah berakhir dengan pengumuman keputusan peperiksaan SPM semalam. Tahniah diucapkan kepada semua candidate yang mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang, jangan putus asa okay? Perjalanan hidup ini masih jauh buat kalian. Harus tabah dan kuat serta yakin pada rezeki Allah SWT. 😊



Dua hari yang lepas, saya menjalankan kajian soal selidik di shopping mall berkaitan dengan projek saya. Saya approach hampir semua peniaga dalam mall tersebut, tidak kira bangsa dan warganegara. Asalkan mereka boleh memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan bersetuju untuk menjawab soal selidik.

Mencabar juga tugasan ni bagi saya, sebab ini pertama kali saya membuat kajian soal selidik a.k.a survey. Dulu saya belajar kos Kimia, memang duduk dalam lab je buat eksperimen. Tak perlu approach public, approach SV dan equipment lab je. 😁

Di tempat awam yang dipenuhi orang awam dengan pelbagai latar belakang dan karakter, sememangnya macam-macam ilmu dan pengalaman yang saya dapat. Setiap kali saya dapat approach responden, kami akan bersembang santai sambil melengkapkan survey yang diberi. Dan topik utama yang menjadi 'modal' saya ketika itu ialah keputusan SPM. 

"Eh kak, esok result SPM keluar kan?"

"Akak ada anak yang ambil SPM?"

Begitu la saya memulakan cerita. Memandangkan yang saya approach ni kebanyakan umurnya dah hampir sebaya dengan mak saya, jadi lebih seronok saya nak korek cerita mereka hehe. Orang dah banyak pengalaman hidup selalunya banyak cerita best-best. Daripada cerita SPM tu, macam-macam cerita lain boleh keluar sama. Dari universiti, ke alam pekerjaan, akhirnya ke politik dan ekonomi negara. 😅

Kebanyakan akak-akak ni memang concern dengan SPM, terutamanya yang ada anak calon SPM tahun ni. Bagi mereka, SPM ni la harapan untuk mereka melihat anak mereka berjaya dan dapat membantu keluarga. Mereka tak kisah kerja siang malam, yang penting anak dapat belajar dengan baik dan dapat keputusan yang terbaik. Sebak juga dengar, terus teringat mak ayah saya nun jauh di Labuan.

Apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini ialah, bagi yang bakal menduduki peperiksaan SPM:

Belajar la bersungguh-sungguh meskipun orang berkata SPM ni tak penting, yang penting pandai cari duit.

Belajar la bersungguh-sungguh meskipun orang berkata dapat result SPM cemerlang tak semestinya dapat kerja bagus, lebih baik buat bisnes.

Selagi boleh belajar, belajar la betul-betul ya. Duit bila-bila boleh dicari.

p/s: Menuntut ilmu niat kerana Allah SWT.

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!

Master atau Kerja?

Biasa tak dengar dilema ni? "Lepas grad nanti better sambung terus ke kerja dulu eh?". Kebanyakan graduan degree sering menghadapi dilema seperti ini samada nak sambung pengajian terus ke peringkat Master atau nak mencari pengalaman bekerja dahulu. Memang susah nak buat keputusan jika tiada sesiapa yang boleh bantu untuk justify dalam membuat keputusan.



Saya juga pernah menghadapi dilema ini. Dah habis diploma, nak sambung degree ke atau kerja dulu? Dah habis degree, nak sambung Master ke atau kerja dulu? Tu la, matlamat tak berapa nak jelas. 😁

Background saya, lepas habis diploma saya terus sambung degree. Lepas habis degree, saya kerja dulu. Dah 2 tahun kerja, baru saya sambung Master. Then bila masuk kelas, semua muda-muda belaka yang sambung Master ni. Umur tak cecah 25 pun lagi. Tiba-tiba saya terasa tua sangat haha.

Bukan mudah menyusur tangga ke angkasa

Perjalanan saya bila buat keputusan untuk sambung Master pada tahun lepas tidak begitu mudah. Keputusan ini telah mengundang pelbagai soalan dan spekulasi (macam retis pula) . 😅

  1. Kenapa baru nak sambung Master sekarang? 
  2. Tak sayang ke berhenti kerja tu? 
  3. Dah elok-elok kerja, berhenti pula. Sekarang ni susah tau nak cari kerja.
  4. Belajar tinggi-tinggi pun nanti bukan senang nak dapat kerja.
  5. Buat apa sambung Master.. Dah tua pun nak belajar lagi?

Nampak macam kelakar je ayat yang last tu, tapi memang ada yang cakap macam tu kat saya hehe.

Pilihan saya

Jika berdasarkan pengalaman saya, secara jujurnya saya lebih prefer untuk bekerja dahulu selepas tamat pengajian degree. Ambil pengalaman 1-2 tahun, kemudian barulah sambung pengajian ke peringkat seterusnya. Nak sambung secara full-time atau part-time, itu bergantung pada kehendak dan keperluan masing-masing. 

Pendapat saya ini sebenarnya dipengaruhi oleh pendapat daripada seorang saudara saya yang merupakan pensyarah di UPM. Beliau berkelulusan PhD dan saya memang adore dengan pencapaian beliau. Kecil molek orangnya, tapi otak geliga hehe. Ketika saya dalam final semester degree, saya pun minta pendapat beliau tentang dilema ni.

Dan beliau cadangkan supaya saya cari pengalaman kerja dulu kemudian barulah sambung Master. Katanya, pengalaman bekerja penting sebab ia akan menyumbang kepada corak pemikiran kita apabila kita sambung Master kelak.

Cuma nak cari pengalaman tu jangan lama sangat, cukup 1-2 tahun pastu terus sambung Master. Bukan apa, risau kita ambil masa yang lama pula nanti nak asah balik minda kita untuk belajar semula. Saya dah melaluinya dan saya rasa ada betulnya pendapat beliau ni.

Kenapa saya lebih sarankan untuk kerja dahulu?

Sambung Master ni cara belajar dia tak sama dengan cara belajar masa undergraduate. Jika undergraduate, silibus lebih kepada mempelajari dan memahami fakta. Pastu mostly kena jawab berdasarkan fakta. Critical thinking dan decision-making tak berapa diterapkan dalam level ni.

Untuk peringkat Master pula, silibus dia memang lebih banyak kepada critical thinking dan decision-making. Nota yang dapat hanya cerita tentang fakta dan konsep asas. Mostly kena cari sendiri apa tindakan yang perlu dilakukan untuk sekian masalah dan apa cadangan sesuai yang boleh dilaksanakan. Pendek kata, tujuan Master ni adalah untuk mempersiapkan pelajar menjadi seorang Manager atau seseorang yang berada dalam Top-level Management.

Maka, bila kita ada sedikit pengalaman bekerja, lebih mudah kita nak relate dengan apa yang kita belajar. Sebab dalam alam pekerjaan, hampir setiap hari kita kena buat keputusan dan semestinya ia melibatkan proses critical thinking. 

Sekadar pendapat

Ini hanya pendapat peribadi saya ya, saya tak kata tak boleh sambung Master tanpa pengalaman bekerja. Sekarang persaingan sangat tinggi, rata-rata umur 23-25 sekarang dah ada Master. Tapi kekurangannya adalah dari segi pengalaman bekerja. Ramai yang ada Master hanya dapat gaji setaraf degree saja, oleh kerana tiada pengalaman bekerja. Majikan sekarang dah tak pandang sangat pada kelulusan, terutamanya syarikat SME. 

Jadi, bila majikan offer gaji banyak tu je, graduan Master ni pun terpaksa terima sebab rasa value dia memang layak dapat tu je oleh kerana tiada pengalaman bekerja. Hal ini boleh menjejaskan market salary bagi orang berkelulusan Master in future, walaupun bagi yang dah mempunyai pengalaman bekerja. Punca market salary drop bukan saja disebabkan oleh hal ini, mungkin ada juga faktor-faktor lain. Tapi ini salah satunya. 

Sekian saja perkongsian saya. Moga ada yang mendapat manfaat dari entri ni. 😊

Suka artikel ini? Jangan lupa share ya!